BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, May 19, 2009

:::Anugerah Kecemerlangan Pelajar :::









Anugerah Kecemerlangan Pelajar
Sunday, 12 April 2009 21:56

Seramai 176 mahasiswa beroleh Anugerah Kecemerlangan Pelajar yang telah diadakan pada 26 Mac 2009 yang lalu di Dewan Utama Kolej Teknologi Darulnaim.
Seramai 10 pelajar yang terbaik dari setiap kursus yang ditawarkan di KTD telah menerima Anugerah Gemilang. Anugerah Gemilang merupakan anugerah yang diberikan kepada pelajar terbaik bagi setiap program pada satu-satu semester. Kriteria pemilihan adalah 40% berdasarkan pencapaian akademik, 30% kemahiran insaniah dan 30% berdasarkan kualiti peribadi dan sahsiah. Penerima anugerah ini membawa pulang sijil anugerah dan wang tunai RM200. Berikut adalah senarai pelajar yang berjaya memperoleh Anugerah Gemilang:
Program Diploma Kejuruteraan Elektronik kerjasama Universiti Teknologi
Malaysia(UTM)
Asma' Syakirah Bt. Sazali (GPA 3.78 dan CPA 3.76)
Program Diploma Sains Komputer (Teknologi Maklumat) kerjasama Universiti Teknologi Malaysia(UTM)
Abbas Salimi B. Zaini (GPA 3.67 dan CPA 3.67)
Program Diploma Sains Komputer (Multimedia) kerjasama Universiti Teknologi Malaysia(UTM)
Muhammad Fansuri B. Kamarudin (GPA 3.31 dan CPA 3.24)
Program Diploma Pengurusan Teknologi kerjasama Universiti Teknologi Malaysia(UTM) Adeela Bt. Amat Sain (GPA 3.43 dan CPA 3.38)
Program Diploma Pengurusan Teknologi (Perakaunan) kerjasama Universiti Teknologi Malaysia(UTM)
Nur Salimah Sabaruddin (GPA 3.60 dan CPA 3.30)
Program Diploma Pengajian Islam (Syariah) Kerjasama Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)
Nur Waheedah Bt. Sabaruddin (GPA 3.96 dan CPA 3.96)
Program Diploma Pengajian Islam (Al Quran & Sunnah) Kerjasama Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)
Nur Fathin Bt. Muhammad Fadzil (GPA 3.99 dan CPA 3.99)


Program Diploma Perbankan Islam Kerjasama Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)
Mohd Faiz B. Zaki (GPA 3.81 dan CPA 3.81)


Program Diploma Multimedia KTD
- Muhammad Faizal Ghazali (GPA3.35 dan CPA 3.05)
Program Diploma Pengurusan Perniagaan KTD
- Selasiah Bt. Amir (GPA 3.64 dan CPA 3.64)
Saudari Asmaa' Syakirah Bt. Sazali telah dinobatkan sebagai penerima Anugerah Nilam KTD bagi sesi pengajian Julai 2008 / 2009. Anugerah Nilam adalah anugerah yang diberikan kepada pelajar terbaik keseluruhan KTD bagi satu-satu semester. Kriteria pemilihan adalah 40% berdasarkan pencapaian Akademik, 30% kemahiran insaniah dan 30% melalui kualiti peribadi dan akhlak.
Tahniah dan syabas.

KAMI BERSAMA ANDA MENITI DAN MEMBINA KEJAYAAN
UNTUK MAKLUMAT LANJUT BOLEHLAH LAWATI WWW.ktd.edu.com.my

2 comments:

saza s said...

huhu..tumpang lalu jap.Dapatlah jadi follower,...bush!!!
tahniah jadi best student..pointer tu..hulur kat ana sikit.hehe

bangzai08 said...

assalamualaikm...

apabila ana baca post ini kedudukan ana berubah.. dari keadaan berbaring terus bangun..

APAAAA!!!

Nur Waheedah Bt. Sabaruddin (GPA 3.96 dan CPA 3.96)

Mohd Faiz B. Zaki (GPA 3.81 dan CPA 3.81)

ishhh,, mcm x pecya.. biar betul.. budak sekolah tepi baruh di hujung hutan paya dapat pointer tinggi.. ana teringat, insan ini bukan mendpt pendedahan pembelajaran yang sempurna dengn library yang terbatas, guru yang mengajar part time berbeza dengn pelajar pelajar sebaya mereka di sekolah terkemuka..

tahniah kepada antum semua..

terbukti, .............