BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, February 27, 2009

"""....DUNIA OH DUNIA...."""


"Sepanjang meniti usia. Dialam dunia yang fana. Kemana hilangnya perasaan cinta. Sesama insan yang mulia. Dunia kian ketandusan semangat persaudaraan...."

Dunia ini indah. Namun ia fana. Fasad tiada abadi. Ia kan musnah. Keindahan hanyalah hiasan semata-mata. kerana Indahnya ia,maka ramai manusia yang merasa, ia kan kekal selamanya. Banyaknya penyakit dalam dunia ini. Paling ketara, penyakit cintakan dunia dan takut akan mati. Dunia, meskipun ia indah, namun kini ia kian tenat. Tuanya dunia ini bagaikan Si tua yang berbongkok tiga. Inilah kata Rasulullah saw ketika menyifatkan keadaan dunia. Teringat kata2 Dr.Muhammad El-Muhammady, katanya..Dunia boleh jadi suatu keazaban bagi orang2 kufur dan kafir. Kerananya, manusia sanggup berbunuhan,saling bermusuhan dan mendendami. Namun, dunia juga boleh menjadi suatu rahmat bagi Orang2 mukmin. Di dalamnya, orang2 mukmin,mampu duduk dan makan bersama sambil mensyukuri nikmat Allah saw..

Dunia ibarat manusia. Ia juga miliki hati..pesan seorang sahabat.." berhati-hatilah dengan dunia. Pastikan dunia ditangan kita dan bukan dihati kita.."...
...Tuhan leraikanlah dunia..yang mendiam didalam hatiku.kerana disitu tidakku mampu..menghubung dua cinta..hanya cintaMU..ku harap tumbuh..ku bajai dengan nafsu yang kubunuh...

Keghariban islam..siapakah yang akan tetap berada dalam keadaan asing? Mudah2an kita menjadi pemuda yang sedar akan tanggungjawab dan keutamaan kita.."kalau kita berada dalam suasana yang tak syar'ie,terus apply UST ['uzlah syu'uriah tammah ]..". Sekiranya kita tidak mampu mengubah keadaan, cukuplah kita menolaknya di dalam hati. walaupun itu adalah selemah-lemah iman.
Teringat kisah IHAB, pernah seorang sahabat bertanya.." kenapa aku lihat kau berdiri bagaikan orang asing di tengah2 keramaian manusia.."...jawab IHAB.." Sesungguhnya merekalah yang asing dan aku tetap di atas laluanku...[ ISLAM ].."

Wednesday, February 11, 2009

''Mutiara Kata''

Satu Impian Lebih Baik Dari Seribu Mimpi, Satu Kesedaran Lebih Baik Dari Seribu Impian,
Satu Tindakan Lebih Baik Dari Seribu Kesedaran, Satu Matlamat Lebih Baik Dari Seribu Tindakan,
Satu Keihklasan Lebih Baik Dari Seribu Matlamat.
Mulakanlah Walaupun Sedikit, Melencong Seinci Rugi Seribu Batu '
KEAZAMAN UNTUK BERJAYA
di atas kegagalan anda semalam
binalah bangunan hidupmu buat hari esok
letakkan batu-bata tujuan yang teguh, dan
sediakan puing-puing raksasa dari kejatuhanmu yang silam,
ukirkan menara-menara yang hebat, bagi
membenam lembah-lembah air mata kehampaan.
Usahalah dengan sabar, walaupun usaha anda itu perlahan.
Namun dari hari ke sehari, binaan itu akan tumbuh cemerlang.
Percayalah kepada Tuhan, dan dengan penuh keyakinan,
Bahawa anda akan berjaya dari apa yang anda usahakan. (penulis)

Berjayalah orang-orang beriman iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya dan mereka yang menjauhkan diri daripada perbuatan dan perkataan yang sia-sia
( Al-Mu’minun :1-3 )
Allah tidak melihat rupa dan kekayaan anda Allah melihat hati dan amal anda
(Hadis Nabi)
Penawar yang paling mujarab ialah rajin
(Iman Ghazali 1058 - 1111)
Tiap-tiap bertambah ilmuku akan bertambah pula keinsafan bahawa
terlalu banyak yang aku tidak tahu
(Iman Syafie 767 – 820 m )
Gantunglah cita-citamu setinggi bintang di langit
(Soekarno 1901 – 1970)
Demi kejayaan rebutlah lima masa;
Mudamu sebelum tua,
Sihatmu sebelum sakit,
Kayamu sebelum fakir,
Lapangmu sebelum sibuk,
Hidupmu sebelum mati
(Hadis Nabi Riwayat AL-Bukhari 194 – 256 H)
Fikiran hanya tumbuh kalau dipergunakan dan surut kalau dibiarkan menganggur
(Iman Syafie 767 – 820 M)

"Jangan berasa rugi hari ini kerana mengeluarkan sedikit modal tetapi anda pandanglah keuntungan besar yang anda akan kecapi esok hari "
"Setiap idea yang buruk akan menjadi terbaik jika diusahakan "
" Kebanyakan orang gagal bukan disebabkan kegagalan itu sendiri tetapi disebabkan
mereka takut gagal "
Ilmu itu didapati dengan lidah yang gemar bertanya dan akal yang suka berfikir
Kemakmuran dan kesejahteraan hidup akan tercapai apabila manusia menggunakan
segala tenaga yang dibekalkan itu dengan niat yang betul dan dengan cara tidak bertentangan dengan syariat, maka ianya menjadi ibadat.
Dengan demikian manusia bukan sahaja akan menikmati manfaat di dunia bahkan mendapat balasan yang kekal di akhirat. Manusia seperti ini merupakan makhluk yang menghuni syurga yang mendapat dua hasanah – hasanah di dunia dan hasanah di akhirat

Friday, February 6, 2009

...:::PEMUDA ISLAM & AMANAH DAKWAH:::..


[[Kami ceritakan kisah mereka kepadamu (Muhammad) dengan sebenarnya. Sesungguhnya mereka itu adalah pemuda-pemuda yang beriman kepada Tuhan mereka dan Kami tambahkan kepada mereka petunjuk”
(Surah al-Kahfi 18: 13)]]

Kaum muda merupakan lapisan masyarakat yang paling kritis. Mereka memiliki wawasan ke depan dan tidak pernah puas dengan kondisi yang ada. Sikap pemuda sentiasa idealis, penuh cita-cita dan harapan. Baik terhadap sesuatu yang baik ataupun yang buruk.

Lantaran itu pula anak-anak remaja, bakal pemuda, menjadi sasaran orang-orang yang ingin merubah kondisi suatu masyarakat menjadi buruk. Mereka dihidangkan dengan kebatilan yang menjadikan mereka jauh dari agama ALLAH. Mereka diberikan racun melalui media massa, berupa televisyen, radio, majalah, filem-filem, komik, novel dan sebagainya. Itulah racun sekularisme, pembaratan serta penurunan moral dengan berbagai bentuknya.

Maka lihatlah anak-anak remaja yang membuat masalah di tengah-tengah masyarakat. Mereka hidup untuk mengganggu orang lain, bermabuk-mabukan, berpesta dan berdisko, berpeleseran di waktu malam tanpa tujuan dan lain-lain. Keadaan ini disedari atau tidak merupakan hasil perusakan terhadap generasi muda melalui media massa yang terancang. Yang lebih berbahaya adalah perusakan pola fikir melalui orang-orang yang mengaku dirinya intelek, yang rata-rata lulusan barat yang canggih dengan ilmu dan pengetahuan serta falsafah yang membingungkan. Dan sasaran mereka ini pun adalah para pemuda, kerana mereka pun ingin diikuti oleh para pemuda. Mereka-mereka itu sebenarnya generasi muda yang berpotensi. Hanya saja situasi lingkungan yang buruk dan menyesatkan, membuatkan mereka hanyut dibawa program syaitan dan iblis.

Akhirul kalam, Imam As-Syahid Hassan al-Banna pernah menyatakan bahawa umat Islam dewasa ini tidak ada lagi mempunyai kekuatan. Sumber alam yang ada di bumi umat Islam semuanya habis terkuras oleh tangan-tangan asing. Kualiti umat Islam bagaikan buih-buih di lautan walaupun mereka ramai. Tapi ingatlah, bahawa ada satu kekuatan tersembunyi dari tubuh umat Islam iaitu para pemuda (as-Syabab). Bangunlah wahai pemuda! Dakwah amat memerlukan jiwa-jiwa yang cekal untuk mengembannnya. Kamu amat diperlukan untuk mengembalikan umat Islam dari kehinaan kepada kemuliaan! Jadilah junduLLAH yang akan memperjuangkan agama ALLAH hingga akhir hayatmu seperti Mus’ab bin Umair atau Zaid bin Khattab….....