BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, January 30, 2009

[[FIKRAH FIGUR]]





::PERGINYA TEMAN JIHAD MURSYID AM::

“Beberapa hari berlalu (2.10.1997), perginya ke sisi Allah isteri Mursyid Am Ikhwan Muslimin, Mustafa Masyhur. Jenazahnya diiringi oleh ribuan masyarakat Mesir dari setiap negeri menuju ke tempat persemadiannya yang terakhir di dunia ini dengan penuh kekaguman terhadap jihad dan kelebihan yang ada padanya.
Jika sekiranya para hukamak mengatakan "Sesungguhnya di belakang setiap lelaki yang hebat, ada wanita di belakangnya ", maka Almarhumah merupakan wanita yang berada dibelakang suaminya, membantu dan mendorong dari belakang, menyokongnya untuk terus bergerak dalam jalan Dakwah walau berdepan dengan ranjau dan duri.
Detik-detik jihad Almarhumah terlalu banyak. "Saudari akan menjadi isteriku yang kedua kerana aku telah berkahwin dengan isteriku yang pertama sebelum saudari. Aku amat mencintainya dan aku tidak sanggup untuk berpisah dengannya ". Almarhumah bertanya "Siapakah dia?". Ustaz Mursyid menjawab, " Dia adalah Dakwah di jalan Allah. Diharap saudari jangan cemburu kepadanya ". Almarhumah menjawab, "Dakwah tersebut adalah tuanku dan aku adalah khadamnya". Begitulah teguhnya janji yang diukir sehingga berlalu 51 tahun Almarhumah mengharungi masa tersebut bersama suaminya. Dakwah Ikhwan Muslimin adalah tuannya yang menyuruh, lalu dia mentaatinya. Dakwah berkata, dan dia patuh mendengar kata-kata tersebut.


Suaminya dipenjara selama 19 tahun, dalam tahun-tahun 50an, 60an dan awal 70an, tetapi Almarhumah tetap setia pada janjinya dan tsabat di atas Dakwah ini.
Apabila Ustaz Mursyid mula dipenjara, dia meninggalkan 4 orang anak kecil kepada almarhumah untuk dibesarkan olehnya berseorangan diri. Mereka ialah Masyhur, Salwa, Wafak dan Sumayyah.
Jadilah Almarhumah sebagai ibu dan ayah kepada mereka. Almarhumah mendidik mereka dengan baik. Apabila Ustaz Mustafa keluar dari penjara, dia mendapati mereka dalam keadaan sebaik-baik agama, ilmu dan akhlaq.
Sangat berat hari-hari berlalu ketika suami dipenjara tetapi Almarhumah bersungguh-sungguh berusaha memastikan hari-hari itu indah lagi menggembirakan untuk anak-anak mereka.
Pernah mereka tidak dibenarkan menziarahi Ustaz Mursyid di penjara Wahaat selama 9 tahun lalu Almarhumah menghubungkan mereka dengan ayah mereka melalui surat pos. Almarhumah memegang pen di tangan-tangan kecil mereka menulis kalimat-kalimat tsabat dan dorongan kepada ayah yang sedang berada di belakang jaringan besi di penjara. Almarhumah menyanyikan untuk mereka " Nahnu nuhibbu baba, wa baba yuhibbuna " ( Kami sayangkan ayah, dan ayah sayangkan kami).
Almarhumah membeli permainan dan hadiah dengan duit yang tersimpan agar dia menghadiahkan kepada mereka yang masih kecil dengan mengatakan " Baba arsala ilaikum hazihi hadaya" ( Ayah kirim hadiah-hadiah ini untuk kamu ).
Berlaku mehnah yang dikenali sebagai "Mehnah Takyid" ( Dugaan memberi sokongan kepada Presiden Jamal Abdul Nasir yang menghukum mereka, iaitu dengan menggunakan anak-anak Ikhwan yang dipenjara untuk memujuk ayah-ayah mereka menerima tawaran bebas dari penjara dengan syarat menulis beberapa perkataan atas kertas menyokong Jamal Nasir ; mehnah = dugaan, takyid = sokong ). Beberapa orang dari saudara mara Ustaz Mursyid menyuruh anak-anak perempuan beliau pergi ke penjara untuk memujuk ayah agar menulis sokongan dan balik ke rumah bersama mereka tetapi Almarhumah enggan dan memesan kepada anak-anak agar tidak menunjukkan jemu dan risau lantaran ketiadaan ayah yang panjang.
Teruslah si ayah dalam penjara dengan tsabat dan teguh, menolak sebarang sokongan terhadap Sistem yang memenjarakannya.
Pernah apabila hari-hari raya menjelang tiba, Almarhumah tidak mempunyai wang untuk membeli pakaian hari raya untuk anak-anak. Untuk menggembirakan mereka, beliau menurunkan beberapa kain langsir rumah untuk dibuat pakaian raya. Pernah juga sarung
kusyen kerusi dan sofa dijahitnya menjadi baju anak-anak.
Almarhumah menanamkan kedalam jiwa anak-anak perasaan theqah kepada Allah, meneguhkan hati mereka dengan rasa bangga terhadap tugas ayah dalam menyampaikan risalah Dakwah. Beliau menjadikan anak-anak merasakan bahawa ayah mereka adalah seorang mujahid, dipenjara kepada aqidahnya dan patut mereka berbangga dan menceritakan perkara ini kepada kawan-kawan yang lain.
Apabila Ustaz Mursyid keluar dari penjara, Almarhumah menyambung perjalanannya bersama Mursyid, mencurahkan pengorbanan. Ustaz Mursyid yang sentiasa pergi ke merata tempat dalam dan luar Mesir berdakwah di jalan Allah. Waktu di rumah sangat sedikit, namun Almarhumah tetap redha dan tenang. Bahkan di hari-hari yang kebiasaannya ahli keluarga berkumpul seperti berbuka di bulan Ramadhan, beliau berkorban haknya untuk diberikan kepada anak-anak dakwah lain yang mengundang si suami. Almarhumah berkongsi perasaan dan prihatin suami terhadap anak-anak dakwah di mana sahaja mereka berada, dalam atau luar negeri, bertanyakan keadaan keluarga dan anak-anak mereka dan sering mendoakan untuk mereka. Almarhumah kuat berpuasa, qiamullail, berbudi luhur dan sentiasa berharap kebaikan kepada manusia - semua manusia. Sejak bertahun-tahun Almarhumah tidak ketinggalan bersama suaminya berqiamullail. Beliau memastikan bahagian akhir malam untuknya dan suaminya, bersama Allah, bermunajat dan berdoa kepadaNya agar dia menemuiNya dalam keadaan dia redha lagi diredhai olehNya.
Semoga Allah mengampuninya, melimpahi rahmat ke atasnya dan mengurniakan kesabaran ke atas suami, anak-anak dan mereka yang mencintainya. Kita tidak mengatakan sesuatu melainkan yang diredhai oleh Allah : Inna lillahi wa inna ilaihi raajiuun (Kita dari Allah, dan kepadaNya kita akan kembali).’

[[-ISRAEL IS NOT REAL-]]





Israel Negara Palsu

Muktamar Yahudi Sedunia 1897

Satu Muktamar Yahudi Sedunia pernah diadakan di Switzerland pada tahun 1897. Ia menurut mereka adalah tindak balas dari kekejaman yang berlaku kepada seorang wartawan Austria berbangsa Yahudi yang dijatuhkan hukuman secara zalim. Peristiwa tersebut telah membuka mata beberapa pemuka Yahudi agar mereka lebih serius di dalam usaha membina negara mereka sendiri. Di situlah bermulanya idea untuk merampas Palestin dan menukarkannya kepada negara Yahudi.

Usaha ini berjaya dilakukan. Akhirnya pada tahun 1954 tertubuhlah sebuah negara yang diberi nama Israel yang diiktiraf oleh PBB dan beberapa negara besar dunia dimulai oleh Amerika.



Negara Israel

Setelah lebih setengah abad penubuhan negara Israel, kita mendapati negara tersebut masih lagi belum memenuhi ciri-ciri sebagai sebuah negara. Ia masih lagi tidak mempunyai identiti yang tersendiri, selain daripada identitinya sebagai jaguh kepada kerosakan dan penindasan.

Masyarakat Israel masih lagi belum bersatu. Bahkan masyarakat Israel adalah masyarakat caca merba yang menghimpunkan pelbagai bangsa manusia dengan pelbagai ideologi dan tabiat yang tersendiri. Kerajaan Israel pernah dan masih lagi melakukan usaha untuk mengadun masyarakat yang pelbagai itu dengan satu adunan. Mereka cuba untuk memaksakan ideologi dan fahaman Zionis kepada semua penduduk Israel. Usaha ini ternyata masih gagal. Kegagalan itu bukan sahaja pada bangsa Arab yang merupakan penduduk asal Palestin, tetapi ia lebih dari itu; mereka juga gagal untuk menyatukan fahaman orang-orang Yahudi sendiri.

Hubungan di antara penduduk berdiri di atas asas pertarungan dan bukan setakat persaingan sebagai mana negara-negara lain di dunia. Pertarungan ini samada di antara Arab - Yahudi, atau di antara golongan beragama - pendokong fahaman sekular atau di antara Yahudi Barat – Yahudi Timur. Pertarungan ini tidak berhenti setakat pertarungan dari sudut falsafah pemikiran semata-mata. Ia sebenarnya pergi lebih jauh dari itu; pertarungan ini diwakili oleh parti-parti politik dan badan-badan yang ditubuhkan untuk mewakili fahaman-fahaman tertentu tersebut. Pertarungan ini mengakibatkan kegoyahan politik dalaman yang amat dahsyat di Israel.

Hakikat yang Tersembunyi

Mereka cuba menyembunyikan sesuatu. Tetapi pertembungan dan pertarungan yang berlaku mendedahkan dua hakikat yang selama ini cuba untuk mereka sembunyikan.

Hakikat Pertama: Negara Israel adalah sebuah negara palsu dan idea penyatuan semula bangsa Yahudi dari buangan adalah idea yang ternyata tidak berjaya. Sepatutnya dengan penubuhan negara Israel, mereka berjaya menghilangkan identiti ‘bangsa buangan’ daripada bangsa Yahudi. Mereka juga sepatutnya mampu untuk menikmati kehidupan yang aman dan tenteram sebagaimana negara-negara lain yang merdeka mentadbir negara mereka sendiri. Tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya. Identiti mereka betambah buruk; daripada ‘bangsa buangan’ mereka berubah kepada ‘negara perompak’.

Pertembungan dan pertarungan semakin hebat. Masing-maing masih berkeras dengan identiti dan fahaman lamanya. Yahudi dari Barat masih lagi merasakan bahawa mereka adalah orang Barat. Yahudi dari Etopia masih lagi merasakan Etopia sebagai negara mereka.Yahudi Rusia masih belum boleh menerima Israel sebagai negara mereka, sebaliknya masih menganggap Israel sebagai persinggahan sementara mereka buat mereka.

Hakikat Kedua: Israel bukan negara demokrasi sebagaimana yang mereka laungkan. Demokrasi dan penjajahan adalah dua perkara yang sama sekali tidak akan bercantum. Kebebasan untuk menubuhkan badan dan parti tidak cukup untuk menjadi pengukur bahawa negara itu mengamalkan demokrasi. Sebaliknya mereka mesti membuktikannya dengan menghentikan kezaliman yang mereka lakukan setiap hari.

Di samping itu, kita mendapati setiap kali pilihanraya diadakan dan belanjawan negara dibentangkan di Knesset, pemuka-pemuka Yahudi dan pimpinan mereka berubah menjadi seperti haiwan. Mereka mengenepikan adab dan tata cara perbincangan dan persaingan untuk mendapatkan kerusi dan suara. Kecaman, kutukan, cacian dan ugutan menggantikan adab dan akhlak.

Penutup

Itulah Israel, negara yang ditubuhkan di atas penindasan dan kezaliman. Negara seumpama ini sudah semestinya tidak akan bertahan lama. Kemusnahannya semakin jelas dari sehari ke sehari. Kebangkitan muslimin akan mempercepatkan kejatuhannya insyaAllah.

Saturday, January 3, 2009

::::WARKAH PEMBUKA BICARA::::


Wahai pemuda pemudi,
Imbaulah masa-masa yang telah berlalu pasti akan kau temui satu zaman yang didokong oleh pahlawan Islam, pimpinan-pimpinan Islam dan orang-orang yang solleh.

Namun, setelah beberapa generasi berlalu, umat Islam diselubungi kelekaan. Akibatnya umat Islam itu ditakluki dan ditindas oleh perancangan-perancangan Yahudi dan kerajaan-kerajaan kafir.

Kekayaan mereka dirampas,
Iman menjadi lemah,
neraca kehidupannya bertukar
dan hukum al Quran dihindari.

Mereka juga mendidik keturunan orang-orang Islam dengan ideologi yang bertentangan dengan Islam dengan berbagai nama dan pakaian yang mempesonakan.

Begitulah pewaris-pewaris Fir’aun telah memperdayakan umat kita;

“Mereka saling merancang dan merangka konspirasi untuk membuat kerosakan dan mengubah masyarakat supaya menjadi sampah-sarap yang tenggelam di dalam lumpur noda dan kejahatan. Masyarakat akan sentiasa disibukkan dengan kepayahan mencari sesuap makanan. Akibatnya mereka menjadi penat dan letih sehingga mereka tiada kesedaran untuk mendengar nasihat dan petunjuk mahupun kembali kepada Deen Allah SWT.”
Fi Zilaalul Quran

Demikianlah seni dan telitinya tipu daya yang telah digunakan oleh pemimpin-pemimpin yang sesat lagi menyesatkan.

Seni yang merampas kecantikan lenggok bunga sarwa
Ia menukar helang rajawali menjadi burung denak

Mereka memperdayakan angkatan berkuda dengan nyanyian yang merdu
Lalu membenamkan bahtera ke dasar laut

Mereka tidurkan kita dengan irama dan lagu
Dan memadamkan obor kita dengan tiupan nafasnya

Sedarlah wahai pemuda pemudi,

Zaman kegemilangan Islam telah berlalu, Umat Islam kini beransur-ansur diresapi kehinaan tanpa disedari.

“Secara fitrahnya, manusia sebenarnya bencikan kehinaan dan kezaliman. Tetapi dengan berbagai-bagai situasi yang mengelilingi mereka, ditambah dengan berbagai peristiwa yang datang menyelubungi mereka dari semasa ke semasa, tanpa disedari mereka menerima penghinaan dan tunduk kepada keadaan. Secara beransur-ansur mereka merasa tenang dan terbiasa di dalam kehinaan ibarat singa yang telah dijinakkan.

Abdul Wahab Azam, As Shawarid

Lihatlah wahai pemuda pemudi,

Untuk melengkapkan konspirasi ‘penghinaan’ itu, toghut yang zalim telah menindas pendakwah Islam supaya sistem pendidikan, media massa dan wartawan dikuasai oleh ilmuan, sasterawan dan cendiakawan buatan. Mereka sadurkan rancangan mereka melalui berbagai-bagai pertubuhan yang pada zahirnya berbeza-beza. Mereka hiaskannya dengan solekan yang memperdayakan generasi baru, pejuang-pejuang muda dan anak-anak singa supaya mereka berlembut dan tunduk kepada syahwat, mengikut hawa nafsu, karam dalam gejala seks dan kemewahan hidup.

Seterusnya mereka padamkan warisan umat Islam zaman gemilang yang bertamadun tinggi.

Mereka hapuskan kisah-kisah para ulama’ kerana bimbang ia akan menjadi lampu yang terang benderang untuk generasi baru muslim dan menunjukkan jalan kerja kepada mereka.

Zaman satu bangsa yang hina
Tidak pernah sunyi dari ilmuan, sasterawan dan ahli yang ‘arif bijaksana

Mereka dipecahbelahkan dengan berbagai ideologi
Tetapi semua ideologi itu tertumpu kepada satu rencana :

Mereka ajar anak singa menjadi kijang yang pengecut
Dan mereka hapuskan kisah-kisah singa pada bicara zaman silam

Cita-cita mereka, menggembirakan hamba dengan perhambaan
Seluruh pengajaran mereka hanyalah penipuan cendiakawan

Inilah generasi baru kita wahai pemuda pemudi,
Mereka itu adalah anak-anak singa yang bertukar menjadi kijang yang pengecut.
Sebenarnya mereka itu adalah putera puteri Muslim yang merdeka
Mereka diperhambakan, lalu mereka bergembira.