BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, December 20, 2008

[[FIKRAH FIGUR]]


Biografi Imam al-Syahid Hasan al-Banna

Al-Syahid Hasan bin Ahmad bin Abdul Rahman al-Banna rh.a. dilahirkan di bandar Mahmudiah (Berdekatan Iskandariah) pada tahun 1906. Beliau menamatkan pengajian di Sekolah Dar al-Ulum, Kaherah dan kemudian bertugas sebagai pengajar yang sering berpindah dari satu bandar ke satu bandar. Beliau mengajak umatnya supaya mengamalkan al-Quran al-Karim dan berpegang teguh dengan sunnah Nabi s.a.w.. Melalui usahanya ini beribu-ribu mahasiswa, buruh, peladang dan sebagainya daripada pelbagai lapisan masyarakat mendapat hidayah.
Setelah itu, beliau menetap beberapa ketika di bandar Ismailiah. Di sini beliau menubuhkan pejabat pertama Ikhwan bersama-sama beberapa orang anggota ikhwan lain.
Usaha beliau melangkah setapak lagi apabila beliau mula mengadakan sesi ceramah serta menyebarkan bahan cetak. Malah beliau mula mengadakan lawatan ke beberapa bandar dan desa. Kesannya di setiap daerah akhirnya wujud sebuah pusat dakwah. Dakwah beliau juga bukan terhad untuk golongan lelaki sahaja malah di Ismailiah beliau menubuhkan Maahad Ummahat al-Muslimin bertujuan memberikan didikan Islam untuk anak-anak perempuan.
Tidak beberapa lama kemudian beliau berpindah ke Kaherah. Dengan perpindahan ini bermakna ibupejabat dan pusat pentadbiran juga berpindah ke Kaherah. Di sini dakwah beliau semakin menyerlah. Ikhwan semakin berkembang dan jumlah mereka kini mencecah setengah juta orang.
Ahli politik dan kuncu-kuncu mereka mula bimbang dengan pengaruh al-Syahid. Oleh itu mereka berusaha menyingkirkannya dari medan politik. Namun segala usaha ini tidak mampu menggugatkan keazaman beliau. Beliau bangkit memperkenalkan Islam kepada seluruh manusia bahawa Islam mencakupi akidah, ibadah, tanahair, bangsa, toleransi, kuasa, akhlak, budaya dan undang-undang.
Akhbar Ikhwan Muslimin yang diterbitkan setiap hari mula dilancarkan di Kaherah. Akhbar ini menjadi wahana dalam bentuk penulisan selain ceramah yang diadakan.

Thursday, December 18, 2008

Hamas Umumkan Gencatan dengan Penjajah Berakhir [ 19/12/2008 - 12:49 ]


Gaza – Infopalestina: Gerakan Perlawanan Islam Hamas mengumumkan gencatan senjata dengan penjajah Israel yang dimediatori Mesir berakhir. Hamas menilai penjajah Israel bertanggung jawab penuh atas kegagalan gencatan senjata ini karena tidak mau membebaskan blockade, membuka pelintasan dan menghentikan agresi.

Hal tersebut ditegaskan Hamas usai pertemuan yang dilakukan gerakan dengan gerakan Jihad Islam, Front Rakyat untuk Pembebasan Palestina (PFLP) dan Front Demokratik untuk Pembebasan Palestina (DFLP), Kamis (18/12), yang membahas masalah gencatan senjata yang berlaku sejak 6 bulan.
Jurubicara Gerakan Hamas Fauzi Barhum dalam pernyataan pers mengatakan, “Terhitung mulai hari Jum’at besok (hari ini, red) gencatan dianggap tidak ada. Kami anggap penjajah Zionis Israel bertanggung jawab atas semua yang mengakibatkan hancurnya gencatan senjata dan berakhirnya, serta tidak komitmen penjajah atas syarat apapun dari syarat-syarat gencatan senjata.”

Barhum menambahkan, “Kami akan bertindak dan bergerak di lapangan apa yang harus menjadi tanggung jawab nasional kami untuk melindungi rakyat kami.”

Kesepakatan gencatan senjata yang usianya 6 bulan dan berakhir Jum’at (19/12) pagi mengatakan bahwa faksi-faksi perlawanan Palestina harus menghentikan aksi-aksi serangan roket dan serangan ke pemukiman-pemukiman Yahudi di sekitar Jalur Gaza. Sementara Israel harus menghentikan aksi-aksi militernya, membuka pelintasan bagi gerakan barang dan membebaskan blockade atas rakyat Palestina di Jalur Gaza. (seto)

Wednesday, December 17, 2008

[Antara Sabar & Mengeluh]


Assalamualaikum wrm-wbt! Dengan nama Allah, tuhan yang maha pemurah lagi maha mengasihani. Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w, kaum keluarga dan para sahabat baginda, para anbia’, aulia’ dan syuhada’ serta sekalian mukmin.

Pada zaman dahulu ada seorang yang bernama Abul Hassan yang pergi haji di Baitul Haram. Diwaktu tawaf tiba-tiba ia melihat seorang wanita yang bersinar dan berseri wajahnya.

"Demi Allah, belum pernah aku melihat wajah secantik dan secerah wanita itu,tidak lain kerana itu pasti kerana tidak pernah risau dan bersedih hati."
Tiba-tiba wanita itu mendengar ucapan Abul Hassan lalu ia bertanya, "Apakah katamu hai saudaraku ? Demi Allah aku tetap terbelenggu oleh perasaan dukacita dan luka hati kerana risau, dan seorang pun yang menyekutuinya aku dalam hal ini."

Abu Hassan bertanya, "Bagaimana hal yang merisaukanmu ?"
Wanita itu menjawab, "Pada suatu hari ketika suamiku sedang menyembelih kambing korban, dan pada aku mempunyai dua orang anak yang sudah boleh bermain dan yang satu masih menyusu, dan ketika aku bangun untuk membuat makanan, tiba-tiba anakku yang agak besar berkata pada adiknya, "Hai adikku, sukakah aku tunjukkan padamu bagaimana ayah menyembelih kambing ?"
Jawab adiknya, "Baiklah kalau begitu ?"
Lalu disuruh adiknya baring dan disembelihkannya leher adiknya itu. Kemudian dia merasa ketakutan setelah melihat darah memancut keluar dan lari ke bukit yang mana di sana ia dimakan oleh serigala, lalu ayahnya pergi mencari anaknya itu sehingga mati kehausan dan ketika aku letakkan bayiku untuk keluar mencari suamiku, tiba-tiba bayiku merangkak menuju ke periuk yang berisi air panas, ditariknya periuk tersebut dan tumpahlah air panas terkena ke badannya habis melecur kulit badannya. Berita ini terdengar kepada anakku yang telah berkahwin dan tinggal di daerah lain, maka ia jatuh pengsan hingga sampai menuju ajalnya. Dan kini aku tinggal sebatang kara di antara mereka semua."

Lalu Abul Hassan bertanya, "Bagaimanakah kesabaranmu menghadapi semua musibah yang sangat hebat itu ?"
Wanita itu menjawab, "Tiada seorang pun yang dapat membedakan antara sabar dengan mengeluh melainkan ia menemukan di antara keduanya ada jalan yang berbeda. Adapun sabar dengan memperbaiki yang lahir, maka hal itu baik dan terpuji akibatnya. Dan adapun mengeluh, maka orangnya tidak mendapat ganti yakni sia-sia belaka."
Demikianlah cerita di atas, satu cerita yang dapat dijadikan tauladan di mana kesabaran sangat digalakkan oleh agama dan harus dimiliki oleh setiap orang yang mengaku beriman kepada Allah dalam setiap terkena musibah dan dugaan dari Allah. Kerana itu Rasulullah s.a.w bersabda dalam firman Allah dalam sebuah hadith Qudsi,:
" Tidak ada balasan bagi hamba-Ku yang Mukmin, jika Aku ambil keksaihnya dari ahli dunia kemudian ia sabar, melainkan syurga baginya."

Begitu juga mengeluh. Perbuatan ini sangat dikutuk oleh agama dan hukumnya haram. Kerana itu Rasulullah s.a.w bersabda,:
" Tiga macam daripada tanda kekafiran terhadap Allah, merobek baju, mengeluh dan menghina nasab orang."
Dan sabdanya pula, " Mengeluh itu termasuk kebiasaan Jahiliyyah, dan orang yang mengeluh, jika ia mati sebelum taubat, maka Allah akan memotongnya bagi pakaian dari wap api neraka." (Riwayat oleh Imam Majah)
Semoga kita dijadikan sebagai hamba Tuhan yang sabar dalam menghadapi segala musibah.

Thursday, December 4, 2008

PENGORBANAN SUCI

"
Seorang pemuda sedang dalam satu perjalanan yang jauh, berasa amat letih. Dia pun berhenti berehat di satu kawasan perkampungan dan melepaskan kudanya mencari makan di situ. Oleh kerana keletihan, pemuda itu tertidur di bawah pokok.

Kudanya yang kelaparan merayau di satu kawasan ladang dan meragut tanaman di situ. Tidak berapa lama kemudian, sang petani yang memiliki ladang itu pun balik. Melihatkan habis tanamannya musnah, petani itu hilang kesabaran lalu membunuh kuda yang memakan tanamannya.

Apabila terjaga dari tidur, pemuda itu mencari kudanya. Puas dia mencari tidak juga berjumpa. Akhirnya dia ternampak bangkai kudanya di sebuah ladang. Melihat keadaan itu, dia menjadi marah dan mencari pembunuh kudanya.

Dia terus meluru ke sebuah rumah berhampiran. Sebaik saja menjumpai tuan rumah, dia terus menghamun dan berlakulah pergaduhan dan akhirnya petani itu terbunuh.

Peristiwa itu diketahui orangramai. Pemuda itu dibawa berjumpa khalifah untuk diadilkan. Mengikut hukum qisas, bunuh dibalas dengan bunuh. Khalifah memerintahkan supaya dia dipenjarakan sehari semalam sebelum dia dipancung pada jam 5.00 keesokan petangnya.
Pemuda itu merayu supaya dia dibenarkan balik dahulu berjumpa ibunya untuk menyelesaikan satu perkara yang amat mustahak.

Khalifah tidak meluluskan rayuan pemuda itu. Namun pemuda itu tidak berputus asa dan terus merayu sambil menyatakan dia mempunyai tanggungjawab yang mesti dibereskan sebelum dia dihukum bunuh.

Dia berjanji akan balik segera sebaik saja urusannya selesai. Khalifah meminta pandangan waris si mati. Anak petani itu tidak mengizinkan pemuda itu pergi kerana bimbang dia tidak akan datang lagi untuk menerima hukuman mati.

Berkali-kali pemuda itu merayu dan bersumpah akan datang semula, namun tiada seorangpun menunjukkan tanda simpati. Akhirnya tampil seorang tua menuju mengadap khalifah menyatakan kesanggupan untuk menjadi tebusan bagi membolehkan pemuda itu balik ke rumah. Orang tua itu tidak lain tidak bukan ialah Abu Zar, seorang sahabat Nabi yang banyak merawikan Hadith.

Melihat apa yang berlaku, semua hadirin tercengang dan sebahagian besar memarahi Abu Zar kerana tindakannya yang membahayakan diri sendiri.

Abu Zar berjanji untuk menjadi tebusan dan membenarkan pemuda itu pulang menyelesaikan masalahnya. Melihat kejadian ini, pemuda itu menjadi tenang dan mengikat janji bahawa dia akan pulang semula untuk dipancung sebaik sahaja urusannya selesai. Abu Zar faham kegagalan pemuda itu menunaikan janji akan mengakibatkan nyawanya tergadai.

Ketika ditanya Khalifah bagaimana dia sanggup meletakkan dirinya dalam keadaan membahayakan, Abu Zar menerangkan demi keluhuran Islam, dia sangat malu melihat tiada siapapun sanggup menghulurkan bantuan ketika pemuda asing itu dalam kesusahan yang amat sangat. Pemuda itu dibenarkan pulang ke rumah sementara Abu Zar pula dikurung di penjara.

Pada keesokan petangnya, penuh sesak manusia menuju ke istana khalifah untuk menyaksikan episod yang mencemaskan. Ramai menganggap Abu Zar akan dibunuh kerana kemungkinan besar pemuda itu tidak akan datang menyerahkan lehernya untuk dipancung.

Saat yang mendebarkan berlaku apabila beberapa minit lagi jam lima petang, pemuda itu masih belum tiba. Abu Zar dikeluarkan dari kurungan. Kegagalan pemuda itu menghadirkan diri akan menyebabkan Abu Zar menjadi mangsa.

Di saat terakhir, orangramai melihat kelibat seorang lelaki menunggang seekor kuda dengan amat kencang sekali. Ketika itu riak cemas orangramai bertukar menjadi reda. Tepat sekali bagaimana dijanjikan pemuda itu sampai genap jam lima petang.

Pemuda itu lantas turun di hadapan Khalifah seraya meminta maaf kerana 'terlambat' menyebabkan suasana tegang dan cemas. Pemuda itu menerangkan sepatutnya dia sampai lebih awal, tetapi terlewat disebabkan tali kudanya putus di tengah perjalanan. Dia menerangkan urusan yang dikatakannya amat penting dulu ialah kerana terpaksa menyelesaikan tanggungjawabnya sebagai penjaga harta anak-anak yatim dan menyerahkan tugas itu kepada ibunya.

Pemuda itu berjumpa Abu Zar untuk mengucapkan terimakasih di atas kesanggupannya menjadikan dirinya sebagai tebusan. Selepas itu dia segera ke tempat dilakukan hukuman pancung.

Ketika pengawal hendak menghayun pedangnya, tiba-tiba anak petani dengan suara yang kuat meminta hukuman dibatalkan. Dengan rela hati dia memaafkan kesalahan pemuda itu. Mendengar kata-kata anak petani itu, pemuda itu amat lega dan terus sujud tanda syukur kepada Allah."

INSAN-INSAN PEJUANG







1.TSABIT IBNU DAHDA
-pejuang syahid dalam perang uhud

2.AMRU IBN JAMUH
-si pincang yang gagah berani dalam perang uhud

3.AHMAD IBNU AR-RASYID
-putera khalifah hidup dalam keadaan miskin

4.SA’ID IBNU JUBAIR
-mati syahid dengan kepala mengadap ke langit

5.SAID IBNU AL MUSYYAD
-tidak pernah tinggal soilat berjemaah selama 40 tahun

6.ABDULLAH IBNU KHUDZAIFAH
-insan yang ingin syahid berulang kali

7.ABDULLAH IBNU JAHSI
-Allah mengabulkan cita-citanya

8.SUFYAN IBNU SA’ID ATS-TSAIRI
-ulama yang mewariskan ilmu dan berbagai pengetahuan

9.SIBRI IBNU AL-MUHLIS AL-SAQATHI
-kehidupan masa mudanya penuh berkah

10.IKRIMAH MAULA IBNU ABBAS
-ulama yang pandai dalam bidang tafsir al-quran

11.MAIMUN IBNU MAHRAN
-insan yang tidak suka melakukan maksiat

12.SURAQAH IBNU MALIK IBNU JUSY’AM
-insan yang menyaksikan mukjizat rasulullah

13.USAID IBN AL-HADHIR
-malaikat turun mendengar bacaan al-qurannya

14.ABDULLAH IBN JA’FAR IBN ABU THALIB
-insan tumbuh di bawah naungan ilahi

15.ZAID IBN ARQAM
-kejujurannya dibuktikan oleh al-quran

16.ABU UMAMAH AL-BAHILI
-memiliki karamah sehingga mengislamkan kaumnya

17.HATIB IBN ABU BALTA’AH
-kesalahannya dimaafkan rasulullah kerana ia prajurit badar

18.ABDULLAH IBN SALAM
-ia mengetahui sifat rasulullah dalam kitab taurat

19.SA’ID IBN AL-ASH
-insan dermawan penulis dan pengajar al-quran

20.URWAH IBN ZUBAIR IBN AWWAM
-insan yang kusyuk solatnya

21.ABU GHAYYATS AL-MAKKI
-insan miskin yang zuhud

22.ZAID IBN AL-KHATTHAB
-mati syahid ketika panji islam di tangannya

23.MALIK IBN DINAR
-penulis mushaf yang tidak meminta bayaran

24.ABDULLAH AL-‘IMARI
-insan yang takut kepada Allah ,disegani para pembesar dan penguasa

25.MUHAMMAD IBN WASI’
-insan yang menolak kedudukan dunia kerana khuatit melakukan kezaliman

26.ATHA’IBNU ABI RABAH
-ia melaksanakan haji 70 kali dan memberi fatwa selama setengah abad

27.YUNUS IBN UBAID
-insan yang meninggalkan perkara subhat dan diragui

28.SYURAH IBN AL-HARITHS AL-KINDI
-menjadi hakim selama 70 tahun


29.SHILAH IBNU ASYIM AL-ADAWI
-mati syahid bersama anaknya dalam satu peperangan

30.ABDULLAH IBNU AMIR
-insan yang pertama membangun telaga di arafah

31.IMRAN IBN AL-HUSAIN
-insan mukmin yang sabar

32.UTHBAH IBN GHAZWAN
-insan yang hidup dalam keterasingan demi islam

33.AL-ALA IBN AL-HADHRAMI
-pemimpin perang pertama dilautan

34.DZAR IBN HUBAYS AL-ASADI
-insan yang menuntut ilmu sejak kecil sampai tuanya

35.MUHAMMAD IBN MUSLIM IBN SYIHAB
-orang yang paling hafal al-quran,fara’idh dan sunah nabi pada zamannya

36.HAKIM IBN HIZAM AL-ASADI
-insan yang banyak beramal soleh dan sedekah

37.ABDULLAH IBN AL-MUBARAK
-insan yang mengorbankan harta dan jiwanya kerana Allah dan rasulNya

38.SARIYAH IBN ZAHIM
-insan yang mampu mendengar arahan umar dari jarak jauh.