BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, October 13, 2008

[6 PerSoaLan HiduP]




Assalamualaikum...
Suatu hari, Imam Al- Ghazali bertanya, pertama. "Apa yang paling dekat
dengan kita di dunia ini?". Murid-muridnya ada yang menjawab orang tua,
guru, dan kerabatnya. Imam Ghazali menjelaskan semua jawapan itu benar.
Tetapi yang paling dekat dengan kita adalah "mati". Sebab itu sudah janji
Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati.(Al-Imran:185).

Lalu Imam Ghazali meneruskan pertanyaan kedua. "Apa yang paling jauh dari
diri kita di dunia ini?". Murid-muridnya ada yang menjawab negara, bulan,
matahari, dan bintang-bintang. Lalu Imam Ghazali menjelaskan bahawa semua
jawapan yang mereka berikan adalah benar. Tapi yang paling benar adalah
"masa lalu". Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak
mampu kembali ke masa lalu.Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini dan
hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama.

Lalu Imam Al-Ghazali meneruskan dengan pertanyaan yang ketiga."Apa yang
paling besar di dunia ini?". Murid-muridnya ada yang menjawab gunung,bumi,
dan matahari. Semua jawapan itu benar kata Imam Ghazali. Tapi yang paling
besar dari yang ada di dunia ini adalah "nafsu".(Al-A'raf :179).Maka kita
harus menjaga hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu membawa kita ke
neraka.

Pertanyaan keempat adalah," Apakah yang paling berat di dunia ini?". Ada
yang menjawab baja, besi, dan gajah. Semua jawapan tersebut hampir benar,
kata Imam Ghazali, tapi yang paling berat adalah "memegang
AMANAH"(Al-Ahzab). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua
tidak mampu memikul tanggungjawab setelah Allah meminta mereka untuk menjadi
khalifah di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya menyanggupi
permintaan Allah SWT sehingga banyak dari manusia masuk ke neraka kerana ia
tidak mampu memegang amanahnya.

Pertanyaan yang kelima ditanya oleh Imam Al-Ghazali adalah,"Apa yang paling
ringan di dunia ini?". Ada yang menjawab Kapas, angin, debu, dan
daun-daunan. Semua itu benar kata Imam Ghazali,tetapi yang paling ringan di
dunia ini adalah "meninggalkan Solat". Disebabkan pekerjaan kita tinggalkan
solat, meeting dan sebagainya.
Kemudian pertanyaan yang keenam dan terakhir ditanya oleh Al- Ghazali
adalah, "Apakah yang paling tajam di dunia ini? Murid-muridnya menjawab
dengan serentak, pedang...Benar kata Imam Al-Ghazali, tetapi yang paling
tajam adalah "lidah manusia".Kerana melalui lidah manusia ia boleh menyakiti
hati dan melukai perasaan saudara sendiri.

Saturday, October 11, 2008

[[...::JIHAD::...]]




Dakwah itu bukanlah perhiasan dan angan-angan
Jihad bukan pula gurauan senda dan bahan mainan
Kerana dakwah itu satu tuntutan
Dan jihad satu-satunya jalan……….

Sesungguhnya ia mewarisi kenabian
Mewarisi akidah dan ukkhuwah
Mewarisi taqafah dan harakah
Mewarisi keringat dan darah
Mewarisi daulah………..

Sehingga al haq menjatuhkan kebatilan
Sehingga kebenaran melumpuhkan kesesatan
Sehingga penyiksaan dan penghinaan umat,
Terbalas oleh keagungan tauhid dan kebesaran Allah

Iman itulah kata kunci…….
Justeru perteguhkan ia pada diri kalian
Kerana iman dan amal soleh
Adalah syarat kemenangan dan nasrullah

Taqwa itu intipati……….
Justeru jadikanlah ia garis ukuran
Kerana jalan dakwah itulah jalan ibadah dan kasih sayang
Jalan dakwah itulah pertembungan hawa dan tipu daya syaitan
Dan jalan inilah jalan mudah bertemu redha Allah SWT …….

Dan ketaqwaan mengiringi furqan
Dan ketaqwaan adalah sebaik-baik bekalan
Dan kita adalah penerus jalan ini
Yang masih berada dititik-titik awal
Titik-titik pembentukan………

Semoga titik-titik ini diteruskan
Dari rahmat dan kasih sayang Allah yang melimpah ruah
Kerana usaha kita yang sangat sedikit
Beserta keikhlasan yang samara-samar

Yakinlah
Kemenangan dan keredhaan Allah itu hampir.

Thursday, October 9, 2008

[[EMPAT TANGGUNGJAWAB KE ATAS PEMUDA ISLAM]]



1)Memahami Islam dengan fahaman yang tepat
-Apa yang perlu kita ketahui dengan sebaik-baiknya dalam memehami Islam adalah bahawa hendaklah kita mengambil Islam dari punca-puncanya yang bersih (suci),kita kembali kepada kitab Allah(al-Quran) dan sunnah Rasul-Nya,kita kembali kepada fahaman sahabat dan orang yang mengikuti mereka dengan baik,iaitu sebaik-baik kurun,sesungguhnya kefahaman Islam adalah kefahaman yang jernih ,kefahaman kepada ruh Islam,perjalanan hidup mereka untuk Islam adalah lebih tinggi dan lebih di percayai.

2)Beramal dengan Islam

3)Tanggungjawab Berdakwah kepada Islam

4)Tanggungjawab Bersatu kerana Islam

...::[SiApA AkU]::...




Siapa aku ?
Aku bertanya,
mempersoalkan identiti
ingin mengetahui, cuba untuk mengerti –
siapa sebenarnya diri ini ?

Siapa aku ??
Aku bertanya,
bertanya, tanya, tanya,
tanya dan tanya lagi…
bertalu-talu…bergema…
‘…siaapaaa…aakuuu…’

Siapa aku ???!!!
Menjerit pula, jiwa meronta –
bertanyakan pada siapa ??
…tiada jawapan…
dunia menyahut sepi…
penuh kesombongan,
enggan beri laluan,
…tiada jawapan…

Siapa aku ?
Bertanya lagi,
merintih mohon pertolongan –
tetap sepi,
SUNYI
…megeluh sendiri…


– penat bertanya,
duduk diam, senyap sahaja.
Jemu, muak, letih
menanti jawapan dari dunia yang keangkuhan.

Biarlah,
biarlah tidak berjawab,
biarlah dunia enggan.
Nanti-nanti, bila tenaga pulih kembali,
bila sekam menyala berapi,
akan ku tanyakan lagi…
hingga kali dunia tunduk,
akur memberi laluan, menjawab untukku…
…SIAPA AKU ???

Wednesday, October 8, 2008

[[ADAKAH AKU IKHLAS???]]



"Kita semua maklum bahawa keikhlasan itu menjadi pra-syarat untuk apa-apa amalan kita diterima oleh Allah swt. Kerana kita inginkan amalan kitalah yang bakal menjelma sebagai makhluk yang indah bila kita di dalam alam barzakh nanti, kita berharap agar amalan kitalah yang dapat membela kita pada hari pembalasan kelak.
Sudah tentu, niat pada permulaan kita membuat sesuatu, hinggalah ke akhirnya perlulah hanya kerana Allah semata-mata. Tidak kira amalan itu menyentuh perkara peribadi mahupun dalam kehidupan berdakwah. Namun, ibarat kita hendak mengenal samada kita sudah terkena penyakit 'chicken pox' dsbnya, ada tanda-tanda yang dapat menolong kita memastikan adakah benar kita ini ikhlas.
Antaranya :-
1. Kita takutkan sanjungan dan pujian manusia.

2. Kita tidak berasa hati apabila usaha dikritik oleh manusia.

3. Kita tidak berasa bangga bila dipuji.

4. Kita sentiasa menganggap diri cuai dalam ibadah akibat sikap taajub akan diri sendiri.
5. Tidak malas, lembab dan ketinggalan dalam kesusahan.

6. Tidak jemu dalam berusaha mengajak orang kepada Islam.

7. Tidak menjauhkan diri dari jemaah walau dicaci manusia.

8. Di dalam organisasi/jemaah, tidak teringin menjadi ketua tetapi tetap bekerja dan menyumbang.
9. Menjadi pemimpin atau pengikut, mana satu tidak menjadi hal.

10. Tidak marah malah gembira, bila muncul seorang yang baru menjadi ketua (namun
bukan bermaksud tanggungjawabnya sendiri berkurang, kerana amanah bukan dari manusia tetapi dari Allah)

Begitulah antara perkara-perkara yang perlu kita perhatikan. Ini hanyalah panduan sahaja sebagai langkah berjaga-jaga bagi memastikan amalan diri kita sendiri bersih dari sifat ria', taajub, takabbur dan seumpamanya. Pekerjaan yang zahirnya baik, tetapi jika diselimuti oleh segala sifat yang batil tersebut, maka sia-sialah di sisi Allah swt. Hatta mereka yang berperang di saff hadapan dan mati di medan peperangan. Walau bagaimanapun, atas kelemahan manusia, tidak layak sebenarnya untuk menilai atau menghukum orang lain ikhlas ataupun tidak.
Dalam satu kata-kata ulamak, ada ulamak yang mengatakan untuk membayangkan ikhlasnya seseorang itu seperti seekor semut yang hitam yang berjalan diatas batu yang hitam pada waktu malam ( yg pekat legam ). Betapa besarnya hati manusia itu, apa bila merasakan hatinya itu ikhlas terhadap Allah Ta'ala.
Perlu diingatkan juga, dalam satu hadith Nabi saw telah bersabda "3 golongan yang tidak diterima Allah Ta'ala untuk masuk ke syurga, kemudian ditanya kepada nabi apakah golongan itu, maka nabi menjawab 1. Orang-orang kaya menginfaqkan ( sedekah ) sebahagian hartanya di jalan allah, tetapi tidak ikhlas. 2. Orang-orang yang berjihad di jalan Allah, mahupun perang atau sebagainya. 3. Orang-orang alim ulamak yang menyampaikan ilmu itu tetapi tidak ikhlas kerana Allah ta'ala"
Jadi sahabat dan sahabiah yang dirahamtilah Allah sekalian dapat kita renungkan betapa besar ikhlas tu perlu wujud pada hati masing. Syaitan sentiasa merasuk diri anda supaya mengkianati Allah Ta'ala. oleh itu sentiasalah menyucikan jiwa anda dari perasaan hasad dan dengki serta riak yang membinasakan diri kita di akhirat kelak.
Kita hanya boleh melihat yang zahir sahaja. Allah swt yang Maha Mengetahui dan hanya Allah swt sahajalah yang berhak membalas segala amalan. Samada amalan yang baik atau sebaliknya.
Sama-samalah kita berdoa:

Wahai Tuhan kami!

Perbaikilah hati kami,

hapuskanlah cacat cela kami,

pimpinlah kami ke arah kebaikan,
hiasilah kami dengan taqwa,

kurniakanlah kepada kami

taat setia kepadaMu

sepanjang hidup kami.

Tuhan kami! Jadilah kami ikhlas kepadaMu,

syukur kepadaMu,

bertawakkal kepadaMu,

taubat kepadaMu,

khusyuk kepadaMu.

Wahai Tuhan kami!

Sesungguhnya kami mohon kepadaMu

ketetapan di dalam urusan ini

keazaman di dalam hidayah

tolonglah kami mengingat Engkau

menyebut namaMu

mensyukuri Engkau

baik ibadat kepadaMu."