BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, June 12, 2009

~::INSAN YANG DISAYANGI::~


Sebuah kisah tentang cinta, yang benar-benar cinta telah dicontohkan Allah melalui kehidupan Rasul-Nya. Pagi itu, walaupun langit telah mulai menguning, burung-burung gurun enggan mengepakkan sayap.

Pagi itu, Rasulullah dengan suara terbatas memberikan kutbah, "Wahai umatku, kita semua ada dalam kekuasaan Allah dan cinta kasih-Nya. Maka taati dan bertakwalah kepada-Nya. Kuwariskan dua perkara pada kalian, Al Qur'an dan sunnahku. Barang siapa mencintai sunnahku, bererti mencintai aku dan kelak orang-orang yang mencintaiku, akan masuk syurga bersama-sama aku."

Khutbah singkat itu diakhiri dengan pandangan mata Rasulullah yang tenang dan penuh minat menatap sahabatnya satu persatu. Abu Bakar menatap mata itu dengan berkaca-kaca, Umar dadanya naik turut menahan nafas dan tangisnya.Usman menghela nafas panjang dan Ali menundukkan kepalanya dalam-dalam. Isyarat itu telah datang, saatnya sudah tiba.

"Rasulullah akan meninggalkan kita semua,"keluh hati semua sahabat kala itu. Manusia tercinta itu, hampir selesai menunaikan tugasnya di dunia.Tanda-tanda itu semakin kuat, tatkala Ali dan Fadhal dengan cergas menangkap Rasulullah yang berkeadaan lemah dan goyah ketika turun dari mimbar. Disaat itu, kalau mampu, seluruh sahabat yang hadir di sana pasti akan menahan detik-detik berlalu.

Matahari kian tinggi, tapi pintu rumah Rasulullah masih tertutup. Sedang di dalamnya, Rasulullah sedang terbaring lemah dengan keningnya yang berkeringat dan membasahi pelepah kurma yang menjadi alas tidurnya.

Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. "Bolehkah saya masuk?" tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk, "Maafkanlah, ayahku sedang demam," kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu.

Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, "Siapakah itu wahai anakku?"."Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya," tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang. "Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malakul maut," kata Rasulullah, Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya.

Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya. Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini."Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?" Tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah. "Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu.

Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu," kata Jibril. Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan. "Engkau tidak senang mendengar khabar ini?" Tanya Jibril lagi. "Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?". "Jangan khawatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: 'Kuharamkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya," kata Jibril.

Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang. "Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini." Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang di sampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka. "Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?" Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu. "Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah memekik, kerana sakit yang tidak tertahankan lagi. "Ya Allah, dahsyatnya sakit maut ini, timpakan saja semua kesakitan maut ini kepadaku, jangan pada umatku."Begitu sekali cinta kasih Rasul kepada umatnya, adakah kita mengasihi Rasul sepertimana beliau sayangkan kita sebagai umatnya?

Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali segera mendekatkan telinganya. "Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku, peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu." Di luar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan.

"Ummatii, ummatii, ummatiii?" - "Umatku, umatku, umatku" Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinar itu.

Kini, mampukah kita mencintai sepertinya? Allahumma sholli 'ala Muhammad wa baarik wa salim 'alaihi Betapa cintanya Rasulullah kepada kita. Fikirkanlah wahai sahabat- sahabatku sekalian.

Wassalam..-


"KEMATIAN"




Hampir saban hari berita tentang kematian terpapar & terdengar….,adakah dengan berita ini ia akan menyentuh hati????....atau hanya ditangisi apabila ia berlaku???....atau diinsafi di ketika itu sahaja…Marilah kita menyakini bahawa kematian itu pasti akan berlaku walau dimana kita berada,atau diwaktu mana sekalipun(maksiat/ibadah)…..dan INGATLAH!!! Kematian akan menjemput tetamunya bila2 masa sahaja…..Bagaimana persiapan kita???...Renung2kanlah….

“Sesungguhnya ‘Arsy Arr-Rahman’ (singgahsana Tuhan yang Maha Pengasih) tergoncang atas kematian sa’ad bin Muadz.”

Begitu Rasulullah saw. Bersabda ketika Sa’ad bin Muadz akhirya meninggal sebagai syahid perang badar, setelah menunggu luka sekian lama dan dirawat di Masjid Nabawi. Lelaki Anshar itu telah syahid. Dan kesyahidanya entah dengan kekuatan apa hingga ia berhasil menggoncang singgahsana Allah s.w.t. Yang disanggah oleh malaikat.

Sebuah pertanyaan singgah di permukaan ruang hati. Seperti apa ’suasana jiwa’ Rasulullah saw. Ketika beliau menyaksikan detik-detik terakhir sebelum Sa’ad Bin Mu’adz menghembuskan nafas terakhir? Seperti apa pula Muadz hingga kematiannya menggoncang singgahsana Allah, Begitu berertikah peristiwa kematian bagi dunia lain di luar dunia manusia hingga ’Arsy tergoncang atas kematian Sa’ad dan langit tiba-tiba memperlihatkan sejuta kesombongannya untuk tidak menagisi kematian dan kebinasaan orang-orang kafir? Fama bakat ’alaihimus sama’: Dan tiadalah langit menagisi atas kematian mereka.

Siapakah engkau wahai manusia? Wahai jiwa? Wahai raga?

Kenanglah sejenak, saudara-saudaraku, jenak-jenak ketika Bilal bin Rabah mengumandangkan azan diatas ka’bah pada peristiwa Fathu Makkah. Saat jiwa sahabat dan manusia-manusia di situ, larut dalam nama dan kebesaran Allah. Kenanglah, saudara-saudaraku, berapakah harga yang harus dibayar para sahabat Rasulullah saw. Sejak awal beliau menyebarkan dakwah islam hingga akhirnya kembali ke tanah tumpah darah beliau sebagai sang pembebas? Kenanglah sahabat-sahabat yang terbaring sebagi syuhada di perkuburan Baqi’ itu. Kenanglah Sumayyah, Kenanglah yasir, Kenanglah Mus’ab Bin ’Umair, kenaglah Hamzah bin Abdul Muthalib, dan kenanglah Muadz! Kenanglah semua mereka! Lalu, bayangkan, seperti apakah suasana jiwa mereka kalu saja mereka juga menyaksikan peristiwa Fathu Makkah.

Sekali lagi, kenanglah mereka semua! Sebab rumah islam yang kini kita diami, sesungguhnya dibangun dari tengkorak-tengkorak mereka dan dicat dengan darah-darah mereklah. Mereka adalah ’shuna’ul Hdharah’ (pencipta peradaban) Adalah sebuah keagungan yang tak terlukiskan, ketika Allah berkenan mengantar kepergian mereka dengan goncangan ’Arsy. Dan betapa layak bagi langit untuk menyombongkan diri dan tidak perlu menagisi kepergian orang-orang kafir, para perusak peradapan manusia.

Kematian ternyata bukan peristiwa yang biasa. Ia adalah ’peristiwa peradaban’ yang maha l, yang gaumangnya mengema di langit dan di Arsy. Ia boleh mengharubirukan langit dan membuatnya menagis. Sama seperti ia boleh memarahkan/mermukakan langit dan membuatnya senang.

Saudaraku, ’mahukah’ engkau mengizinkan langit menagisi kematianmu?

Thursday, May 21, 2009

[~ALYAUM FI HAYATI~]



Aku berkata lagi :

‘Di hari ini aku meminta kepadamu supaya kamu menyempurnakan janjimu. Janganlah kamu bertanya siapakah yang akan ku temui dan aku memohon kepada Allah supaya Dia menjadikan pahala jihadku dibagi dua antara kita sebagai kurnia Allah, apabila Dia menerima amal dan usahaku.

Aku tahu bahawa adalah hak jika kamu memerintah aku dan menjadi kewajipan aku taat setia kepadamu, akan tetapi Allahu Akbar ( Allah Maha Besar ) di dalam jiwa kita daripada kita. Dakwah Allah lebih mahal daripada diri kita. Kita sekarang sedang berada pada satu marhalah ( tahap ) yang penting dan genting, di dalam marhalah Dakwah.’’

Suamiku berkata :

‘ Ampunkanlah aku, bekerjalah alabarakatillah mudah mudahan aku hidup lagi sehingga tercapainya tujuan Ikhwanul Muslimin dan terbuktinya cita-cita Islam dengan tertegaknya Daulah Islam. Alangkah bahagianya hidupku di zaman muda ini kalau aku dapat bekerja bersama dengan kamu.’’


Hari-Hari Dalam Hidupku
~ Zainab Al-Ghazali Al-Jubaili ~


‘ Jadilah kamu seperti pohon kayu ( pokok ), mereka melemparinya dengan batu, tetapi kamu melemparkannya ( menggugurkan ) kepadanya dengan buah yang ranum.’



Detik-detik Hidupku
~ Imam Hassan Al-Banna ~

Tuesday, May 19, 2009

:::Anugerah Kecemerlangan Pelajar :::









Anugerah Kecemerlangan Pelajar
Sunday, 12 April 2009 21:56

Seramai 176 mahasiswa beroleh Anugerah Kecemerlangan Pelajar yang telah diadakan pada 26 Mac 2009 yang lalu di Dewan Utama Kolej Teknologi Darulnaim.
Seramai 10 pelajar yang terbaik dari setiap kursus yang ditawarkan di KTD telah menerima Anugerah Gemilang. Anugerah Gemilang merupakan anugerah yang diberikan kepada pelajar terbaik bagi setiap program pada satu-satu semester. Kriteria pemilihan adalah 40% berdasarkan pencapaian akademik, 30% kemahiran insaniah dan 30% berdasarkan kualiti peribadi dan sahsiah. Penerima anugerah ini membawa pulang sijil anugerah dan wang tunai RM200. Berikut adalah senarai pelajar yang berjaya memperoleh Anugerah Gemilang:
Program Diploma Kejuruteraan Elektronik kerjasama Universiti Teknologi
Malaysia(UTM)
Asma' Syakirah Bt. Sazali (GPA 3.78 dan CPA 3.76)
Program Diploma Sains Komputer (Teknologi Maklumat) kerjasama Universiti Teknologi Malaysia(UTM)
Abbas Salimi B. Zaini (GPA 3.67 dan CPA 3.67)
Program Diploma Sains Komputer (Multimedia) kerjasama Universiti Teknologi Malaysia(UTM)
Muhammad Fansuri B. Kamarudin (GPA 3.31 dan CPA 3.24)
Program Diploma Pengurusan Teknologi kerjasama Universiti Teknologi Malaysia(UTM) Adeela Bt. Amat Sain (GPA 3.43 dan CPA 3.38)
Program Diploma Pengurusan Teknologi (Perakaunan) kerjasama Universiti Teknologi Malaysia(UTM)
Nur Salimah Sabaruddin (GPA 3.60 dan CPA 3.30)
Program Diploma Pengajian Islam (Syariah) Kerjasama Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)
Nur Waheedah Bt. Sabaruddin (GPA 3.96 dan CPA 3.96)
Program Diploma Pengajian Islam (Al Quran & Sunnah) Kerjasama Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)
Nur Fathin Bt. Muhammad Fadzil (GPA 3.99 dan CPA 3.99)


Program Diploma Perbankan Islam Kerjasama Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)
Mohd Faiz B. Zaki (GPA 3.81 dan CPA 3.81)


Program Diploma Multimedia KTD
- Muhammad Faizal Ghazali (GPA3.35 dan CPA 3.05)
Program Diploma Pengurusan Perniagaan KTD
- Selasiah Bt. Amir (GPA 3.64 dan CPA 3.64)
Saudari Asmaa' Syakirah Bt. Sazali telah dinobatkan sebagai penerima Anugerah Nilam KTD bagi sesi pengajian Julai 2008 / 2009. Anugerah Nilam adalah anugerah yang diberikan kepada pelajar terbaik keseluruhan KTD bagi satu-satu semester. Kriteria pemilihan adalah 40% berdasarkan pencapaian Akademik, 30% kemahiran insaniah dan 30% melalui kualiti peribadi dan akhlak.
Tahniah dan syabas.

KAMI BERSAMA ANDA MENITI DAN MEMBINA KEJAYAAN
UNTUK MAKLUMAT LANJUT BOLEHLAH LAWATI WWW.ktd.edu.com.my

Friday, February 27, 2009

"""....DUNIA OH DUNIA...."""


"Sepanjang meniti usia. Dialam dunia yang fana. Kemana hilangnya perasaan cinta. Sesama insan yang mulia. Dunia kian ketandusan semangat persaudaraan...."

Dunia ini indah. Namun ia fana. Fasad tiada abadi. Ia kan musnah. Keindahan hanyalah hiasan semata-mata. kerana Indahnya ia,maka ramai manusia yang merasa, ia kan kekal selamanya. Banyaknya penyakit dalam dunia ini. Paling ketara, penyakit cintakan dunia dan takut akan mati. Dunia, meskipun ia indah, namun kini ia kian tenat. Tuanya dunia ini bagaikan Si tua yang berbongkok tiga. Inilah kata Rasulullah saw ketika menyifatkan keadaan dunia. Teringat kata2 Dr.Muhammad El-Muhammady, katanya..Dunia boleh jadi suatu keazaban bagi orang2 kufur dan kafir. Kerananya, manusia sanggup berbunuhan,saling bermusuhan dan mendendami. Namun, dunia juga boleh menjadi suatu rahmat bagi Orang2 mukmin. Di dalamnya, orang2 mukmin,mampu duduk dan makan bersama sambil mensyukuri nikmat Allah saw..

Dunia ibarat manusia. Ia juga miliki hati..pesan seorang sahabat.." berhati-hatilah dengan dunia. Pastikan dunia ditangan kita dan bukan dihati kita.."...
...Tuhan leraikanlah dunia..yang mendiam didalam hatiku.kerana disitu tidakku mampu..menghubung dua cinta..hanya cintaMU..ku harap tumbuh..ku bajai dengan nafsu yang kubunuh...

Keghariban islam..siapakah yang akan tetap berada dalam keadaan asing? Mudah2an kita menjadi pemuda yang sedar akan tanggungjawab dan keutamaan kita.."kalau kita berada dalam suasana yang tak syar'ie,terus apply UST ['uzlah syu'uriah tammah ]..". Sekiranya kita tidak mampu mengubah keadaan, cukuplah kita menolaknya di dalam hati. walaupun itu adalah selemah-lemah iman.
Teringat kisah IHAB, pernah seorang sahabat bertanya.." kenapa aku lihat kau berdiri bagaikan orang asing di tengah2 keramaian manusia.."...jawab IHAB.." Sesungguhnya merekalah yang asing dan aku tetap di atas laluanku...[ ISLAM ].."

Wednesday, February 11, 2009

''Mutiara Kata''

Satu Impian Lebih Baik Dari Seribu Mimpi, Satu Kesedaran Lebih Baik Dari Seribu Impian,
Satu Tindakan Lebih Baik Dari Seribu Kesedaran, Satu Matlamat Lebih Baik Dari Seribu Tindakan,
Satu Keihklasan Lebih Baik Dari Seribu Matlamat.
Mulakanlah Walaupun Sedikit, Melencong Seinci Rugi Seribu Batu '
KEAZAMAN UNTUK BERJAYA
di atas kegagalan anda semalam
binalah bangunan hidupmu buat hari esok
letakkan batu-bata tujuan yang teguh, dan
sediakan puing-puing raksasa dari kejatuhanmu yang silam,
ukirkan menara-menara yang hebat, bagi
membenam lembah-lembah air mata kehampaan.
Usahalah dengan sabar, walaupun usaha anda itu perlahan.
Namun dari hari ke sehari, binaan itu akan tumbuh cemerlang.
Percayalah kepada Tuhan, dan dengan penuh keyakinan,
Bahawa anda akan berjaya dari apa yang anda usahakan. (penulis)

Berjayalah orang-orang beriman iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya dan mereka yang menjauhkan diri daripada perbuatan dan perkataan yang sia-sia
( Al-Mu’minun :1-3 )
Allah tidak melihat rupa dan kekayaan anda Allah melihat hati dan amal anda
(Hadis Nabi)
Penawar yang paling mujarab ialah rajin
(Iman Ghazali 1058 - 1111)
Tiap-tiap bertambah ilmuku akan bertambah pula keinsafan bahawa
terlalu banyak yang aku tidak tahu
(Iman Syafie 767 – 820 m )
Gantunglah cita-citamu setinggi bintang di langit
(Soekarno 1901 – 1970)
Demi kejayaan rebutlah lima masa;
Mudamu sebelum tua,
Sihatmu sebelum sakit,
Kayamu sebelum fakir,
Lapangmu sebelum sibuk,
Hidupmu sebelum mati
(Hadis Nabi Riwayat AL-Bukhari 194 – 256 H)
Fikiran hanya tumbuh kalau dipergunakan dan surut kalau dibiarkan menganggur
(Iman Syafie 767 – 820 M)

"Jangan berasa rugi hari ini kerana mengeluarkan sedikit modal tetapi anda pandanglah keuntungan besar yang anda akan kecapi esok hari "
"Setiap idea yang buruk akan menjadi terbaik jika diusahakan "
" Kebanyakan orang gagal bukan disebabkan kegagalan itu sendiri tetapi disebabkan
mereka takut gagal "
Ilmu itu didapati dengan lidah yang gemar bertanya dan akal yang suka berfikir
Kemakmuran dan kesejahteraan hidup akan tercapai apabila manusia menggunakan
segala tenaga yang dibekalkan itu dengan niat yang betul dan dengan cara tidak bertentangan dengan syariat, maka ianya menjadi ibadat.
Dengan demikian manusia bukan sahaja akan menikmati manfaat di dunia bahkan mendapat balasan yang kekal di akhirat. Manusia seperti ini merupakan makhluk yang menghuni syurga yang mendapat dua hasanah – hasanah di dunia dan hasanah di akhirat

Friday, February 6, 2009

...:::PEMUDA ISLAM & AMANAH DAKWAH:::..


[[Kami ceritakan kisah mereka kepadamu (Muhammad) dengan sebenarnya. Sesungguhnya mereka itu adalah pemuda-pemuda yang beriman kepada Tuhan mereka dan Kami tambahkan kepada mereka petunjuk”
(Surah al-Kahfi 18: 13)]]

Kaum muda merupakan lapisan masyarakat yang paling kritis. Mereka memiliki wawasan ke depan dan tidak pernah puas dengan kondisi yang ada. Sikap pemuda sentiasa idealis, penuh cita-cita dan harapan. Baik terhadap sesuatu yang baik ataupun yang buruk.

Lantaran itu pula anak-anak remaja, bakal pemuda, menjadi sasaran orang-orang yang ingin merubah kondisi suatu masyarakat menjadi buruk. Mereka dihidangkan dengan kebatilan yang menjadikan mereka jauh dari agama ALLAH. Mereka diberikan racun melalui media massa, berupa televisyen, radio, majalah, filem-filem, komik, novel dan sebagainya. Itulah racun sekularisme, pembaratan serta penurunan moral dengan berbagai bentuknya.

Maka lihatlah anak-anak remaja yang membuat masalah di tengah-tengah masyarakat. Mereka hidup untuk mengganggu orang lain, bermabuk-mabukan, berpesta dan berdisko, berpeleseran di waktu malam tanpa tujuan dan lain-lain. Keadaan ini disedari atau tidak merupakan hasil perusakan terhadap generasi muda melalui media massa yang terancang. Yang lebih berbahaya adalah perusakan pola fikir melalui orang-orang yang mengaku dirinya intelek, yang rata-rata lulusan barat yang canggih dengan ilmu dan pengetahuan serta falsafah yang membingungkan. Dan sasaran mereka ini pun adalah para pemuda, kerana mereka pun ingin diikuti oleh para pemuda. Mereka-mereka itu sebenarnya generasi muda yang berpotensi. Hanya saja situasi lingkungan yang buruk dan menyesatkan, membuatkan mereka hanyut dibawa program syaitan dan iblis.

Akhirul kalam, Imam As-Syahid Hassan al-Banna pernah menyatakan bahawa umat Islam dewasa ini tidak ada lagi mempunyai kekuatan. Sumber alam yang ada di bumi umat Islam semuanya habis terkuras oleh tangan-tangan asing. Kualiti umat Islam bagaikan buih-buih di lautan walaupun mereka ramai. Tapi ingatlah, bahawa ada satu kekuatan tersembunyi dari tubuh umat Islam iaitu para pemuda (as-Syabab). Bangunlah wahai pemuda! Dakwah amat memerlukan jiwa-jiwa yang cekal untuk mengembannnya. Kamu amat diperlukan untuk mengembalikan umat Islam dari kehinaan kepada kemuliaan! Jadilah junduLLAH yang akan memperjuangkan agama ALLAH hingga akhir hayatmu seperti Mus’ab bin Umair atau Zaid bin Khattab….....